Apa itu forex?

Pasaran Forex adalah pasaran mata wang antarabangsa. Forex merupakan singkatan dari FOReign EXchange. Pasaran Forex merupakan salah satu pasaran kewangan termuda dan terawal. Walaupun begitu, Forex merupakan pasaran terbesar dengan pertumbuhan terpantas. Pertukaran wang harian di pasaran Forex mencapai 4 trillion dollar, dimana 30 kali lebih banyak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan dari semua pasaran saham di USA. Faktor utama pergerakan mata wang adalah keperluan peribadi dan juga keperluan import/export. Namun ini semua hanya 5% dari jumlah perdagangan di pasaran Forex dan 95% merupakan perdagangan untuk meraih keuntungan di pasaran forex.

Ciri utama dalam pasaran adalah kestabilan. sudah menjadi kebiasaan bahawa ancaman utama bagi setiap pasaran kewangan adalah krisis. Walaubagaimanapun ia tidak seperti pasaran yang lain (saham dan pasar komoditi) Forex bertahan kerana komoditi utamanya mata wang. Urusan jual beli Forex boleh dilakukan di mana saja.

Betulkah forex menguntungkan? Jawapan saya adalah ya, perniagaan forex sangat menguntungkan. Ada diantara trader forex yang hanya bergantung kepada keuntungan yang diperolehi dari perniagaan forex sahaja untuk menyara hidup.